merokok ? bahaya tahu tak weh ? kalau korang beli sekotak rokok , mesti ada amaran kan ? siap amaran bergambar lagi . tak gerun ke ? uish , gerun sangat . siap ada orang conteng amaran tu supaya taknampak ! haha . . lepastu start merokok selamba dek je . hahahaha .
okay . korang tahu kan ape dalam rokok tuu ? ada tar la , ekzos la dan macam macam laa . haa , korang jangan la risau ye . . sebab perokok akan dapat hadiah cabutan bertuah , sampai aku jeles :(
ni ha , hadiah cabutan bertuah bagi sang perokok . .
1) 4000 bahan kimia beracun secara percuma!
2) 63 bahan kimia yang boleh menyebabkan anda mendapat kanser
3) Nikotin yang menyebabkan anda ketagih lagi selepas ini
4) Tembakau yang menyebabkan barah dan penyakit jantung
5) Peluang cerah untuk terjebak dalam kancah dadah
6) Peluang sehingga 10-20 kali ganda untuk penyakit salur pernafasan
7) Peluang sehingga 10-15 kali ganda untuk barah paru-paru
8) Peluang sehingga 11 kali ganda untuk barah payudara (lelaki pun boleh kena ok!)
9) Peluang sehingga 5-15 kali ganda untuk barah hidung dan tekak
10) Peluang sehingga 3-15 kali ganda untuk barah mulut
11) Peluang sehingga 4-5 kali ganda untuk barah saluran makanan
12) Peluang sehingga 1-3 kali ganda untuk sakit jantung
13) Peluang sehingga 1-3 kali ganda untuk barah buah pinggang
14) Peluang sehingga 2 kali ganda untuk ulser perut
15) Peluang sehingga 2-3 kali ganda untuk Angin Ahmar / Stroke
16) Otak kurang dapat berfungsi dengan sempurna sebab gas karbon monoksida
17) Telinga kurang aliran darah dan boleh menyebabkan pekak
18) Mata berair dengan radang yang boleh mengganggu penglihatan
19) Mulut berbau dan gigi kuning
20) Hidung yang kurang berfungsi mengesan bau
21) Kulit kurang peka pada suhu dan cepat berkedut
22) Paru-paru sukar bernafas
23) Tulang cepat menjadi reput kerana osteoporosis
24) Kemandulan
25) Kurang bernafsu dalam perhubungan
26) Mati pucuk
No comments:
Post a Comment