Untuk Renungan Bersama.....
Rakaman ini dipetik dari program
Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood
Seorang gadis datang menemui
Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam
poket bajunya.. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang
menanggung kesakitan yang amat
sangat.Lalu Rasulullah
menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu
menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu
sorokkan di tanganmu?" Lalu
gadis malang ini pun
menceritakan hal yang berlaku
padanya
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya
aku adalah anak yatim piatu.
Malam tadi aku telah bermimpi
dan mimpiku itu telah
membuatkan aku menanggung
kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan,
ceritakanlah mimpimu itu wahai
anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan
penjelasan gadis tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di
dalam neraka. Keadaannya amat
menyedihkan. Ibuku meminta
diberikan air kerana dia amat
dahaga kerana kepanasan api
neraka itu hingga peluh tidak
sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata." Gadis itu berhenti
seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan
kirinya ada seketul keju dan di
tangan kanannya ada sehelai
tuala kecil. Beliau mengibas-
ngibaskan kedua-dua benda
tersebut untuk menghalang api
dari membakar tubuhnya. Lantas
aku bertanya ibuku, kenapa dia
menerima balasan sebegitu rupa
sedangkan ketika hidupnya ibuku
adalah seorang hamba yang
patuh dengan ajaran islam dan
isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa
ketika hidupnya dia amat
bakhil..Hanya dua benda itu
sahaja iaitu seketul keju dan
sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir... Yang
lainnya hanya untuk bermuka-
muka dan menunjukkan kelebihan
hartanya sahaja. Lalu aku terus
mencari ayahku. Rupanya beliau
berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman
dari telaga nabi. Ayahku memang
amat terkenal kerana sikapnya
yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku.
"Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menanggung azab
di neraka. Tidakkah ayah ingin
membantu ibu sedangkan di
dunia ku lihat ibu amat
mentaatimu dan menurut
perintah agama"
Lalu dijawab oleh ayahnya
"Sesungguhnya beliau dan semua
penghuni syurga telah dilarang
oleh Allah dari memberi walau
setitik air kepada isterinya kerana
itu adalah pembalasan untuk
kebakhilan yang dilakukan ketika
di dunia"
Oleh kerana kasihan melihat azab
yang diterima oleh ibuku, aku
lantas menceduk sedikit air
mengguna tapak tangan kananku
lalu dibawa ke neraka. Belum
sempat air tersebut mencecah
bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga
melecur. Seketika itu juga aku
tersedar dan mendapati tapak
tanganku melecur teruk. Itulah
sebabnya aku datang berjumpa
engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita
sambil airmatanya tidak henti-
henti mengalir di pipi. Rasulullah
kemudian meletakkan tongkatnya
ke tapak tangan gadis tersebut
lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah.
Jika sekiranya mimpi gadis
tersebut adalah benar maka
disembuhkanlah agar menjadi
iktibar kepada beliau dan semua
umat Islam. Lalu berkat
kebesaranNya tangan gadis
tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai
anakku, pulanglah... .Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan
pahalanya kau berikan kepada
ibumu. Mudah-mudahan segala
dosanya terampun..INSYAALLLAH."
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH
UMAT MUHAMMAD UNTUK
SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK
MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN
TERHADAP SESAMA MANUSIA.....
# Tidak berat mana pon hanya
baca copy dan paste sahaja :')
BACALAH
Nabi MUHAMMAD SAW telah
bersabda:
Sekecil apapun amal ibadah,
Allah SWT menghargainya
puluhan kali ganda ..
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak
boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
K: Kiblat
A: Arah
A: aku
B: Bersujud hingga
A: akhir
H: Hayatku
anda pelawat yang ke . .
Sunday, 28 September 2014
Seorang gadis bermimpi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BIBA betul la org tu.. tulah, susah jd org comel.
ReplyDelete