Puasa hari Arafah jatuh pada 9
Dzulhijjah. Ia disunatkan kepada
orang yang tidak menunaikan haji,
iaitu bagi bukan jemaah haji.
Antara kelebihan puasa sunat hari
`Arafah ialah:
1) Diampuni dosa setahun yang
lepas dan setahun yang akan
datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu
`anhu berkata, Rasulullah sallAllahu
`alaihi wa sallam pernah ditanya
tentang puasa hari `Arafah,
kemudian Baginda menjawab:
ﻳُﻜَﻔِّﺮُ ﺍﻟﺴَّﻨَﺔَ ﺍﻟْﻤَﺎﺿِﻴَﺔَ ﻭَ ﺍﻟْﺒَﺎﻗِﻴَﺔ
“Puasa itu (puasa hari `Arafah)
dapat menebus dosa setahun yang
telah berlalu dan setahun akan
datang.”
(HR Muslim)
2) Amalan terbaik yang disukai
ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk
dari 10 hari pertama dari bulan
Dzulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu
`anhuma bahawa Nabi sallAllahu
`alaihi wa sallam bersabda:
ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻳَّﺎﻡٍ ﺍﻟْﻌَﻤَﻞُ ﺍﻟﺼَّﺎﻟِﺢُ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺍَﺣَﺐُّ ﺍِﻟَﻰ
ﺍﻟﻠﻪِ ﻣِﻦْ ﻫَﺬِﻩِ ,ِﻡﺎَّﻳَﺎْﻟﺍ ﻳَﻌْﻨِﻲ ﺍَﻳَّﺎﻡَ ,ِﺮْﺸَﻌْﻟﺍ
:ﺍﻮُﻟﺎَﻗ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ,ِﻪﻠﻟﺍ ﻭَﻻَ ﺍﻟْﺠِﻬَﺎﺩُ ﻓِﻲ
ﺳَﺒِﻴﻞِ :َﻝﺎَﻗ ؟ِﻪﻠﻟﺍ ﻭَﻻَ ﺍﻟْﺠِﻬَﺎﺩُ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ
,ِﻪﻠﻟﺍ ﺍِﻟَّﺎ ﺭَﺟُﻞٌ ﺧَﺮَﺝَ ﺑِﻨَﻔْﺴِﻪِ ﻭَﻣَﺎﻟِﻪِ ﻓَﻠَﻢْ ﻳَﺮْﺟِﻊْ
ﻣِﻦْ ﺫَﻟِﻚَ ﺷَﻲْﺀٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh
padanya lebih dikasihi ALLAH selain
dari hari-hari yang sepuluh ini
(pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun
berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi
wasallam bersabda: “Walaupun
berjihad di jalan ALLAH, kecuali
lelaki yang keluar berjihad
membawa diri serta hartanya dan
tidak kembali lagi selepas itu
(syahid).”
(HR al-Bukhari)
3) Hari yang paling banyak
dibebaskan dari api neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha
berkata bahawa Rasulullah
sallAllahu `alaihi wa sallam
bersabda:
ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡٍ ﺃَﻛْﺜَﺮَ ﻣِﻦْ ﺃَﻥْ ﻳُﻌْﺘِﻖَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻓِﻴﻪِ
ﻋَﺒْﺪًﺍ ﻣِﻦْ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡِ ﻋَﺮَﻓَﺔ
“Tidak ada hari yang lebih ramai
ALLAH Ta`ala membebaskan
hambaNYA daripada api neraka
lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak
disunatkan berpuasa. Malah
disunatkan berbuka sebagai
mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa
pada hari tersebut.
Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat
hari `Arafah dan mengecapi
kelebihan-kelebihan daripadanya,
amin…
No comments:
Post a Comment