anda pelawat yang ke . .

Tuesday, 30 September 2014

PEMBUANGAN BAYI

assalamualaikum :) sunyi betul aku hari ni , jadii aku online fb dan nampak status pasal " pembuangan bayi " . waa sedihnya X(

isu pembuangan bayi semakin menjadi jadikan ? :( da laa zaman teknologi , semuanya serba canggih . . tapi kenape pemikiran segelintir manusie tak canggih canggih ? means , still takpandai nak pikir jauh ?

kalau da buat dosa tu , taubat la . jangan tutup dosa tu dengan dosa lagi ? tahu buat je , tahu sedap je , tapi takde tanggungjawab langsungg ! mcm nie ke manusia ? kesian kat baby yang tak bersalah tu :( kenape la ada ibu yang sanggup buang anak ? buang kat tepi longkang , tanam hidup hidup , buang dalam lubang jamban . . buang dalam tong sampah sampai sampai ada anjing makan ? tak ada hati perut ke untuk pikir semua tu ? haiwan pun sayang kat anak dia , ini kan pulak manusia . AstagfiruAllah hal azim :(

kalau taknak anak tu , letak la anak tu kat baby hatch . terjamin sikit hidup baby tu . . baby tu manusia jugak tau ? hampanya perasaan baby tu bila dia dapat tahu ibu dia sanggup buang dia dalam tongsampah , dalam sungai dan sebagainya .

ha .. kalau taknak letak kat baby hatch tu . . bagi je kat orang yang memerlukan :( biar dorang bagi kasih sayang untuk baby tu . kalau itu pun taknak . . bagi je kat AKU ! aku sanggup jage baby tu :( aku lebih rela jage baby tu daripada tengok baby tu terkontang kantingg . . 

please to ibu ibu yang da ada niat kat baby mcm tu , pikir panjang2 . mane tahu satu hari nanti , baby tu jadi orang yang berjaya ? jadi orang yang soleh or solehah ? tak ke ibu ibu jugak yang bangga :) tak perlu nak maluu , peduli la ape orang kata . . yang penting ibu ibu mampu dan bertanggungjawab jage dan mendidik darah daging ibu ibu sekalian . .

maaf , hanya peringatan :)

AKU

assalamualaikum tuesday ! :) kali ni aku nak buat entry . . pasal . . pasal . . pasal ape ek ? pasal AKU  nak ? hahaha . taknak ? em kalau taknak pergi walking kat blog lain :( merajuk 8 bulan nie . hee . pasal aku ? takde pun yang menarik . cuma sengaja ringan tangan nak post sesuatu hari niee :) jap nak korek kepala jap "/ ha , dapat pun ! dapatt ape ? dapat idea laa ! XD

campak idea ! fuhhh . .

❀          .      ❀   ✿
         ❀  ✿                   ❀ 

✿         .       ❀   ✿    .     ✿

                   ❀       ✿   .

❀ ✿   .  ❀     ✿       .

❀          ✿
        .                  ❀      ✿

          ✿              .

❀  .
                                      ❀   ✿
              ❀   ✿    .

❀    ✿     . .    ❀            .     ✿

Haha . saje je action . takdenye idea aku tu berbunga bungaa :p

macam nie idea tu  . . .

kat blog ni la tempat ketiga aku meluahkan segalanya :( aku nak cerita kat orang lain , tapi masalah orang lain lagi berat daripada masalah aku . takpelah , aku taknak beban kan sesiape pun . aku okay sebenarnye :)

cuma sekarangg ,

kepala aku sekarang sakit sangat sangat . . mcm nak pecah je :( mungkin terlalu beban sbb pikir kan sesuatu yang mungkin tak penting . tapii otak ni degil jugak ! asyik nak pikir jee :( da berkali kali aku pesan kat otak , " jangan pikir benda yang tak mampu " tapi otak jawab " kalau tak pikir , mcm mane nak selesaikan masalah kau tu ika "
ek ? otak da pandai menjawab sekarang ? hahaha . buat aku terkejut je otak nie ! ngee :3

hee betul la ape yang kau ckp tu otak , mcm mane aku nak solve problem aku kalau tak berpikir . . hehe tapi masalah ape ? hee :3 biar laa masalah tu jadi privasi aku . sbb mungkin orang kata , hal kecik je tu . tapi bagi aku , hanye Allah je yang tahu :) nak cerita kat mak ? mungkin takperlu . mak pun ada masalah dia sendiri . . taknak la aku beban kan mak lagi dengan masalah aku kan ? hee , lagipun mak selalu pesan " ALLAH akan menguji hambanya mengikut kemampuan "

yes , semangat !! heehe :) in Shaa Allah aku boleh hadapinya seorang dirii , nevermind . . im okay :)

dalam pada kepala nak pecah nie , aku rase bersyukur sangat , sebab aku tak sendiri :) Allah sentiasa ada dengan akuu , susah senang Dia tetap ade dengan kita kan ? dia sentiasa paham kita ? Allah takkan bagi ape yang kita minta serta merta kerana Allah nak bagi yang lebih baik dari ape yang kita ada kelak :). hee Alhamdulillah :) walau ape pun , aku pasrah je . ape ape pun yang terjadi , jadi laa .aku redha , sebab perancangan Allah lagi hebat .

for myself yang degil ni , please dont think to much k :) kalau ada rezeki , Adelah . kalau takde , takdelaa :)

Monday, 29 September 2014

MATA ku sayang . .

♬ ♬ mate oh mate ,
kenape kau tak tido lagi ? ♬ ♪ 

macam mane aku tak tido ,
aku tak mengantuk lagi . .  ♪

ngantok oh ngantok , ♭ ♪
kenape kau tak mengantok lagi ?

kenape aku tak mengantok lagi ,
aku pun taktahu kenape ! ♬ ♬

hahahaha . lalalalalalala ♪♭♪

wahai mate ku sayang , tido laa . cube tengok pukul berape da sekarang . . 12.21AM ? yes , da lewat kan ? jumm tido k mate . .
kenape tak nak tutup mate ni sayang ? hee :3 takboleh nak lelap ? . ala , awak tutup la pelan pelan mate tu :) jangan pikir ape ape tau . awak penat sangat laa mate . satu hari ni da berkerja . jadi time untuk awak rehat sekarang mata :) tido laa sayangg . jangan degil degil . esok takpasal pasal mengantok kan ? saya jugak yang susah . . okay . sweetdream mate :) jumpe eSok , in shaa Allah :)

okay laa , penat pujuk mate . akhirnya encik mate pun nak lelap da . cukup sampai sini untuk hari nie k :) kesian kat my mate nie . assalamualaikum :)

#kes_bosan
#lebih_elok_luah_bersama_blogg

FAKTA TENTANG AKU PULAK . haha

10 perkara yang aku suka :

1. aku suka tengok baby dengan budak budak kecik ! :D comelnye lahaiii ><

2. aku lebih suka tempat yang menenangkan seperti tasik , taman dan sewaktu dengannya :)

3. aku suka duduk sorang sorang dan main dengan gitar kesayangan aku :) lepastu nyanyi mcm orang gila .

4. aku suka tido petang bila henfon aku sunyi XD

5. aku suka marah orang bila orang tu sebut benda yang aku tak suka , cerita yang penah aku alami dan orang yang aku benci . automatik mood down and ambik mase berhari hari untuk pulih :)

6. aku suka menyendiri bila ada masalah . jangan kacau ! kang sudu yang aku sumbat . haha :3

7. aku suka wane biru dan unggu .

8. aku tergila gila kan marker artline 500 warne hitam .

9. aku suka on the phone . wuu XD

10. aku suka membunuh cicak secara tak sengaja XD

10 perkara yang aku benci :

1. not interest to gadget . orang sibuk nak iphone 6 la , henfon oppo la . . tapi aku XMINAT same sekali . asalkan ada henpon yang boleh call , mesej and connect internet pun da cukup , alhamdulillah :)

2. aku benci bila orang tu bajet tahu tapi sebenarnye taktahu .

3. aku benci bila duduk dalam bas dan sebelah aku lelaki .

4. aku benci orang yang suka bangga diri , konon tabah dan sabar  :3 last last dia yang hilang sabar -_-

5. aku takminat tengok tv dan dengar muzik kecuali bunkface . kadang kadang artis pun aku tak kenal XD er

6. aku benci bila ade yang sibuk nak tahu pasal aku ! busy body apahal ?

7. benci to hipokrit ! aiyaa , depan ckp lain dan belakang cakap lain ? kau ingat kau tu apee ? duit syiling?

8. aku tak suke lelaki yang mainkan perasaan perempuan . serioosly aku takkan pandang ! hahaha . anti gile weh XD

9. tak suka tempat yang ramai orangg such as mall , event and sebagainya .

10. aku benci bila ada orang yang bercakap kasar dengan aku tanpa sebab ! takpasal pasal orang tu yang kena maki dengan aku . grr .

10 TABIAT BURUK PASAL AKU :

1. suka menanges teresak2 dalam tandas !

2. cepat putus asa .

3. tidur mesti ada bantal busuk XD

4 .suka selfie membabi buta bila bosan .

5. pemalu yang amatt ~ huhu "/

6. sensitive . bile tengok orang lain kena marah , airmata aku mengalir . bile tengok pengemis , hati aku tersentap :(

7 . termenung memanjang dan mula laa air mata menitik . air mata sebab ape pun , aku taktahu laa . .

8. suka pikir benda yang sekecik semut . . sampai sampai boleh jadi sebesar gajah . .

9. malu untuk jadi peramah :(

10 . tak suka bertegas dengan orang yang da pijak kepala .

FAKTA MENARIK HAIWAN

FAKTA MENARIK HAIWAN

copy and paste :)

1) Tahukah anda, semut tidak
pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa
mengangakan mulut, keluasan
bukaannya cukup untuk
membolehkan seorang budak
setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari,
tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4
hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang
sepantas 24 KM sejam.

7) Tiada seekor pun Singa dan
Labah-labah mempunyai bulu dan
bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang
selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40
hari sahaja kecuali pada musim
sejuk ia boleh hidup selama 3-6
bulan.

11) Kuda Belang mempunyai
kombinasi warna yang sangat
menarik iaitu hitam dan putih,
Tetapi warna asasnya adalah
PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan
kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8
jantung.

14) Lembu adalah haiwan yang
buta warna.

15) Telur burung unta adalah telur
paling besar di dunia. Berukuran
6-8 inci setiap 1, kalau di rebus
akan mengambil masa 40 minit
untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke
arah semut, serangga itu mesti
akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan
sebelah mata sahaja pada setiap
masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai
perut.

19) Landak akan terapung kalau
dicampak ke dalam air.

20) Semasa dilahirkan, anak
Beruang panda adalah lebih kecil
daripada seekor tikus. Beratnya
cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup
sehingga 100 hari manakala
nyamuk jantan hanya 10-20 hari
sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya
semasa menutup mulutnya begitu
kuat sehingga boleh mematahkan
tulang- temulang kita, tetapi otot
yang bertindak untuk membuka
mulut haiwan tersebut terlalu
lemah sehingga kita boleh
memegang mulut Reptilia itu dan
menghalangnya daripada terbuka
dengan hanya menggunakan
sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan
mata, Reptilia itu juga tidak akan
mematuk ketika berada di dalam
air kerana boleh menyebabkannya
lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Badak boleh mengangkat 850
kali beratnya sendiri sedangkan
manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

26) Seekor landak dewasa
mempunyai 30,000 batang duri
pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

27) Seekor penyu boleh hidup
sehingga 100 tahun

28) Belalai gajah tidak bertulang,
tetapi mengandungi 40,000 otot!

29) Rama-rama merasa
makanannnya dengan
menggunakan kaki terlebih dahulu.

30) Arnab betina boleh mengawal
lebihan populasinya dengan
menyerap embrionya ke dalam
tubuh.

31) Buaya pula tidak boleh
mengundur.

32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.

33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

34) Siput boleh tidur sehingga tiga
tahun.

Kuda tidak boleh muntah.

35) Tikus Mondok boleh menggali
lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang
saja.... Ambil kalkulator, kiralah
sendiri..

bukti kekuasaan Allah SWT dlm
pncptaanNya... :)

kelebihan puasa sunat arafah

Puasa hari Arafah jatuh pada 9
Dzulhijjah. Ia disunatkan kepada
orang yang tidak menunaikan haji,
iaitu bagi bukan jemaah haji.

Antara kelebihan puasa sunat hari
`Arafah ialah:

1) Diampuni dosa setahun yang
lepas dan setahun yang akan
datang.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu
`anhu berkata, Rasulullah sallAllahu
`alaihi wa sallam pernah ditanya
tentang puasa hari `Arafah,
kemudian Baginda menjawab:

ﻳُﻜَﻔِّﺮُ ﺍﻟﺴَّﻨَﺔَ ﺍﻟْﻤَﺎﺿِﻴَﺔَ ﻭَ ﺍﻟْﺒَﺎﻗِﻴَﺔ
“Puasa itu (puasa hari `Arafah)
dapat menebus dosa setahun yang
telah berlalu dan setahun akan
datang.”
(HR Muslim)

2) Amalan terbaik yang disukai
ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk
dari 10 hari pertama dari bulan
Dzulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu
`anhuma bahawa Nabi sallAllahu
`alaihi wa sallam bersabda:

ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻳَّﺎﻡٍ ﺍﻟْﻌَﻤَﻞُ ﺍﻟﺼَّﺎﻟِﺢُ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺍَﺣَﺐُّ ﺍِﻟَﻰ
ﺍﻟﻠﻪِ ﻣِﻦْ ﻫَﺬِﻩِ ,ِﻡﺎَّﻳَﺎْﻟﺍ ﻳَﻌْﻨِﻲ ﺍَﻳَّﺎﻡَ ,ِﺮْﺸَﻌْﻟﺍ
:ﺍﻮُﻟﺎَﻗ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ,ِﻪﻠﻟﺍ ﻭَﻻَ ﺍﻟْﺠِﻬَﺎﺩُ ﻓِﻲ
ﺳَﺒِﻴﻞِ :َﻝﺎَﻗ  ؟ِﻪﻠﻟﺍ ﻭَﻻَ ﺍﻟْﺠِﻬَﺎﺩُ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ
,ِﻪﻠﻟﺍ ﺍِﻟَّﺎ ﺭَﺟُﻞٌ ﺧَﺮَﺝَ ﺑِﻨَﻔْﺴِﻪِ ﻭَﻣَﺎﻟِﻪِ ﻓَﻠَﻢْ ﻳَﺮْﺟِﻊْ
ﻣِﻦْ ﺫَﻟِﻚَ ﺷَﻲْﺀٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh
padanya lebih dikasihi ALLAH selain
dari hari-hari yang sepuluh ini
(pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: “Walaupun
berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi
wasallam bersabda: “Walaupun
berjihad di jalan ALLAH, kecuali
lelaki yang keluar berjihad
membawa diri serta hartanya dan
tidak kembali lagi selepas itu
(syahid).”
(HR al-Bukhari)

3) Hari yang paling banyak
dibebaskan dari api neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha
berkata bahawa Rasulullah
sallAllahu `alaihi wa sallam
bersabda:

ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡٍ ﺃَﻛْﺜَﺮَ ﻣِﻦْ ﺃَﻥْ ﻳُﻌْﺘِﻖَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻓِﻴﻪِ
ﻋَﺒْﺪًﺍ ﻣِﻦْ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡِ ﻋَﺮَﻓَﺔ

“Tidak ada hari yang lebih ramai
ALLAH Ta`ala membebaskan
hambaNYA daripada api neraka
lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)

Bagi jemaah haji, mereka tidak
disunatkan berpuasa. Malah
disunatkan berbuka sebagai
mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa
pada hari tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat
hari `Arafah dan mengecapi
kelebihan-kelebihan daripadanya,
amin…

Sunday, 28 September 2014

Seorang gadis bermimpi

Untuk Renungan Bersama.....
Rakaman ini dipetik dari program
Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood
Seorang gadis datang menemui
Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam
poket bajunya.. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang
menanggung kesakitan yang amat
sangat.Lalu Rasulullah
menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu
menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu
sorokkan di tanganmu?" Lalu
gadis malang ini pun
menceritakan hal yang berlaku
padanya
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya
aku adalah anak yatim piatu.
Malam tadi aku telah bermimpi
dan mimpiku itu telah
membuatkan aku menanggung
kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan,
ceritakanlah mimpimu itu wahai
anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan
penjelasan gadis tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di
dalam neraka. Keadaannya amat
menyedihkan. Ibuku meminta
diberikan air kerana dia amat
dahaga kerana kepanasan api
neraka itu hingga peluh tidak
sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata." Gadis itu berhenti
seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan
kirinya ada seketul keju dan di
tangan kanannya ada sehelai
tuala kecil. Beliau mengibas-
ngibaskan kedua-dua benda
tersebut untuk menghalang api
dari membakar tubuhnya. Lantas
aku bertanya ibuku, kenapa dia
menerima balasan sebegitu rupa
sedangkan ketika hidupnya ibuku
adalah seorang hamba yang
patuh dengan ajaran islam dan
isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa
ketika hidupnya dia amat
bakhil..Hanya dua benda itu
sahaja iaitu seketul keju dan
sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir... Yang
lainnya hanya untuk bermuka-
muka dan menunjukkan kelebihan
hartanya sahaja. Lalu aku terus
mencari ayahku. Rupanya beliau
berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman
dari telaga nabi. Ayahku memang
amat terkenal kerana sikapnya
yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku.
"Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menanggung azab
di neraka. Tidakkah ayah ingin
membantu ibu sedangkan di
dunia ku lihat ibu amat
mentaatimu dan menurut
perintah agama"
Lalu dijawab oleh ayahnya
"Sesungguhnya beliau dan semua
penghuni syurga telah dilarang
oleh Allah dari memberi walau
setitik air kepada isterinya kerana
itu adalah pembalasan untuk
kebakhilan yang dilakukan ketika
di dunia"
Oleh kerana kasihan melihat azab
yang diterima oleh ibuku, aku
lantas menceduk sedikit air
mengguna tapak tangan kananku
lalu dibawa ke neraka. Belum
sempat air tersebut mencecah
bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga
melecur. Seketika itu juga aku
tersedar dan mendapati tapak
tanganku melecur teruk. Itulah
sebabnya aku datang berjumpa
engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita
sambil airmatanya tidak henti-
henti mengalir di pipi. Rasulullah
kemudian meletakkan tongkatnya
ke tapak tangan gadis tersebut
lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah.
Jika sekiranya mimpi gadis
tersebut adalah benar maka
disembuhkanlah agar menjadi
iktibar kepada beliau dan semua
umat Islam. Lalu berkat
kebesaranNya tangan gadis
tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai
anakku, pulanglah... .Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan
pahalanya kau berikan kepada
ibumu. Mudah-mudahan segala
dosanya terampun..INSYAALLLAH."
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH
UMAT MUHAMMAD UNTUK
SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK
MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN
TERHADAP SESAMA MANUSIA.....
# Tidak berat mana pon hanya
baca copy dan paste sahaja :')
BACALAH
Nabi MUHAMMAD SAW telah
bersabda:
Sekecil apapun amal ibadah,
Allah SWT menghargainya
puluhan kali ganda ..
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak
boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
K: Kiblat
A: Arah
A: aku
B: Bersujud hingga
A: akhir
H: Hayatku

Tuesday, 23 September 2014

HUAHUAHUAA

assalamualaikum ! hee , penat kot baru balik klinik . bukan penat ape , tapi penat menunggu jea :3 nak kate ramai orang ? boleh laa . tp demam punye pasal , aku pun go on to klinik . .

jumpe pulak dengan kawan lama aku time form 3 , AZURA ! waa , rindu diaa :( hehe cerita sana sini , gosip sini situ . . rupa rupanya kawan aku si FAZIRA da pun bertunang . dan dengar cerita si fazira nak kahwin da bulan 12 nie . alhamdulillah :) bagus bagus . . then mase makin cemburu . azura pun terpakse balik sebab dia punye hal kat klinik tu da selesai . . time aku pulak tunggu num. . tunggu punye tunggu , num giliran aku pun da tiba . hee :3 aku pun masuk bilik doctor . .

aku bgtahu kat doc aku demam and selalu pitam :p dia check sana sini . . mcm mcm kena test tadi dan kena soal . maklumlah retis kan ? hwaa :D test vital sign ? ofcos wajib kena check mcm blood pressure and blood glucose level . lepastu doctor check darah , sputum test , and ECG testt . yang paling taksuke , ECG test la . grrr . leceh -_-

lepas da settle semua , aku pun masuk balikk bilik doctor . dia kate darah aku dan jantung aku okay . . cuma jantung aku lajuu sangat . lgpun bloodpressure aku tak ok sangat . . tapi ape ape pun tunggu result TFT test aku pulak . . tft ? apakah ? it stands for thyroid function testt . hee :3 appointment 3 minggu lagi , tapi kalau thyroid aku problem , dia akan call number aku secepat mungkin ! okay doctor ! :)

tp kan kan kan ? yang paling buat aku rase nak marah , bila aku nak ambik appointment . nurse tu cakap , adik tak perlukan mc ke ? err aku ckp laa " tak " lepastu boleh pulak dia ckp , sekolah sesi petang ke pagi ? adeh XD maluu ft rase nak lempang kot . hahaha ade ke patut dia ckpp aku budak sekolah ? okay XD . .

telatah anak buah

petang ni , aku banyak luangkan mase dengan anak buah aku ! tapi aku lebih suka bercerita dengan aisyah aqila yang berusia 4tahun lebihh . . penat betul aku nak layan . hahahaha gedik kot  nie :p geram aku . tapi dia selalu buat aku gelak . . kadang2 dia boleh jadi pembimbing aku ! Wakaka XD

tadi aku cerita laaa pasal penyeksaan ke atas orang yang taktutup aurat kat aqila ni . aku punye la syok bercerita plus bg example sekalii . . tp aku bagi yang simple example punye , aku bagitahu pasal orang yang takpakai tudungg . .

aku : qila , tahu tak ape balasan orang yang takpakai tudung ?
qila : taktahu pun
aku : kalau orang takpakai tudung , nanti rambut dia kena tarik dan digantung kan atas api neRaka .
qila : oh mcm tu , jadi kena pakai tudung la hari hari ?
aku : boleh la . tapi yang penting , kalau nak keluar rumah , kena pakai tudung walaupun dekat .
qila : okay
aku : jadi bile aqila nak pergi rumah sebelah pun kena pakai tudung tau ? kalau tak nanti kena seksa . .
qila : oh jadi cikka pun kena siksa la ?
aku : aik kenape pulak ? ( aku buat muke pelik XD )
qila : yela , sbb cikka pergi rumah sebelah takpakai tudung . .
aku : errr , oh time tu tudung cikka hilang ( alamak ! kantoi ! haha )
qila : oh ! kalau lelaki pulak kena pakaii topi ke ?
aku : buat ape nak pakai topi ?
qila : nanti rambut dia nampak la .
aku : kalau lelaki takpe ,
qila : oh .

err .. aku baru nak jadi role model untuk si aqila ni . tiba tiba aku pun kena balik ! aku pun takpakai tudung pergi umah sebelah , nak suruh qila konon pakai tudung . wakakaka XD ye qila , cikka berubah k :') mulai hari ni , cikka pakai tudung walaupun keluar rumah jemur kain :)

belajar memasak !

hello uoll ! choi ! hahaha , bapak gedik aku nie . cuba bace tajuk atas tu BELAJAR MEMASAK ! er siapa yang belajar memasak nie ?? aku ke ? er yelah aku ! takkan mak aku pulak . hehe :3

memandangkan kat rumah aku banyakk mee , terase lapar pulak . jadi mak aku suruh aku memasak :3 sebab mak aku kat rumah sebelah , jage nenek yang sakit . then aku pun pepoyo la nak jadi chef ! mcm expert je , ambik bahan tu , bahan nie . . ketuk sana sini . hahaha . aku pun sediakan bahan bahan such as , bawang merah , bawang putih , cili boh , udang , sos , kicap tiram , tomato , tauhu , telur dan kobis . punye la selongkar sane sini , yang lain tak jumpe . sebab ayam , fish cake , hotdog , sawi tak jumpe , maybe mak aku nyorok :p hihi . tanpa bantuan sape sape , aku pun mula la misi dan visi . ceh ! jadi chef ! dapur tu laa aku punye . jadi lepas aku sediakan dan panaskan kuali , aku masuk kan minyak . dan mula la menumis bahan bahan tersebut .

syok sana , syok sini , tiba tiba jadi laa mee goreng pertama aku :p waa . . mase yang ditunggu tunggu pun sudah pun tiba . ..aku bawak mee tadi pergi rumah nenek kat sebelah . . mak aku dan nenek aku pun tengok ! alangkah terkejutnye merekaa . . lepas nampak bahan bahan gergasi seperti , kobis gergasi , tomato gergasi dan cili padi gergasi ! er malu pulak aku XD tapi mereka pun makan . . nak tahu mak aku kate ape ?

"bau mee goreng ni , sampai rumah sebelah pun boleh bau . . rase pun sedap cumaa . . banyak gergasi laa "

err krikk . . dengar tak mak aku kate ape ? rase sedap weh . hahaha . well you know me. .

jeng jeng jeng . . rupa tak menarik , tapi sedap tau ! ( poyos laa aku nie , hihi ) btw , alhamdulillah mee aku satu kuali , habis :) nampak tak kesedepan dia disitu ? hahahaha . .

Monday, 22 September 2014

CINTA ITU BUTA :)

haii assalamualaikum , setelah penat menguli tepung , dan mengoreng karipap . waa , nampak tak ? kepoyoan disitu . . ha tula , aku ni poyo sangat . . kalau takpoyo , bukan atikah hamid la kan ? hee :3 rase mcm terlebih rajin pulak nak buat entry kali nie . .err, banyak pulak aku membebel . ok ok . refers pada tajuk , CINTA ITU BUTA .

betul ke cinta itu buta ? hmm . nak pikir japp .

hmm . .

hmmm. .

er ye kot ! cinta itu buta sebab cinta tak mempunyai mata ! wakakaka :p tapi walaupun cinta itu buta , tapi nampak begitu magikal sangat kan ? ialah siapa yang syok bercinta ni , ofcos makan tak kenyang , mandi tak wangi , tidur termimpi mimpi . waa :o tu laa hebat nye penangan cinta . . anyway , hargai cinta ! sebab cinta anugerah Allah :)

tapi ade sesetengah orang yang anggap CINTA ITU BUTOH ! err . ni memang aku takberapa nak sokong laa . takpasal pasal dibutoh kan cinta tu . ish3 , cinta tu jadi butoh disebabkan kita yang salah pilih orang untuk mencintai dan dicintai ! ayat aku tu , bangga cikgu BM aku , kalau dia bace ! hihi XD

btw  , kalau bercinta bagai nak rak pun tak boleh jugak . . cinta itu biarlah berpada pada . kena Cinta Allah lebih dari segala galanya , barula kita boleh cinta kat someone . kan ? dan kalau bercinta tu , pastikan cinta tu ikhlas kerana Allah k :)

eh , alamak ! mak aku da panggil tu . k laa , adios ! assalamualaikum :)

Sunday, 21 September 2014

DULU DAN SEKARANG

disaat semua ahli keluarga berkumpul termasuk laa sepupu sepapat , sedara sedaro , cucu cicit curut sekalian . kerja aku asyik nak mengelak je daripada orang . yela , malu weh nak jumpe orang tu , nak jumpe orang nie . takpasal pasal dorang mintak autograf pulokk . haha :p poyos la aku ni ! er , bia laa . aku kan RETIS ! wekk :p

tenga syok mengelak , tiba tiba kena tegur dengan seseorang ! ALAMAK , MANE NAK LARI NI ! DIA NAK MINTAK AUTOGRAF LA TU :p aku pun menoleh ! err , pakcik ipin la pulok ! aku senyum senyum taik ayam jee . . dia tanye aku soalan bertubi tubi ! dush !
" ni ika kan ? " " dulu kecik je ? " " sekarang da besar laa ?" " dulu ika kan yang selalu main dengan azman time kecik2 ? " "sekarang ni kalau jumpe azman da tak tegur" " sombong la ika skrg "

*************
ha , bertubi tubi dia tanye soalan . kalah wartawan , tapi takpe . . aku da biase sbb aku kan retis ! wakaka . balik pada soalan yang di tuju , aku tak jawab ape ape pun , bukan sombong tapi aku busy la nak jawab soalan yang 1001 macam tu . hihi Xp tapi mak aku pulak yang jawab soalan tu , " ika ngn azman kan da besar , mesti la malu " ha kan ? betul betul ! betul tak mak aku jawab tu ? yes ! betul ! aku ni da besar tinggi kot , takkan la aku nak main dengan azman anak pakcik ipin tu . kecik kecik dulu lain citer laa -_- main askar askar , main panjat tiang , main snoker , main guli , main polis entry , main cikgu cikgu dan sebagainye pun boleh ! sekarang ? er takmungkin -_- semua da berubah oi !

tiap kali berkumpul memang aku nak lari laa -_- takpasal pasal kena besh ! err . hee :3 k laa , cukup sampai sini . . ade orang nak mintak autograf la pulak ! er er . assalamualaikum :)

Friday, 19 September 2014

SIAPAKAH ?

siape pulak yang mesej number celcom aku nie . . nak hai hai bye bye bagai . number tak kenal pulak tu . waa , teruja aku ! mane tahu VVIP ke yang mesej kan ? -,-

kat sini laa aku nak bagitahu , kalau nak mesej aku tu boleh tp pastikan aku kenal num tu k , atau pun kenalkan je diri . hihi , kalau korang mesej yang berbunyi "hi , hello , hoi , weh , " erk ? maaf sungguh sungguh awak tak dilayan ! butttt , dont judge me as "sombongnye" . hello , bukan sombong k . cuma selagi saya tak kenal siapa awak , jangan harap saya akan reply ! er , ber 'saya  awak' pulak aku nie . ah lantak ! sambung balik . . nak tahu kenape saya takkan reply chat awak tu ? banyakk sebabnye . .

tapi cukup laa awak tahuu . yang kredit saye hanye untuk orang yang terrrrpenting saje . . ingat tau ? yang Terrrpenting saje . such as : my family , my kesayangan , my friend , my housemate , my roomate , my classmate , my collegemate dan 'my my' yang ada . hahahaha XD

okay , mesej mesej yang aku akan reply , adalah seperti dibawahh :

1."hai iman , ni aku rara . nak tanye ni bla bla bla bla bla bla . . " - ha nampak tak ? dia bgtahu yang dia tu rara dan aku kenal dia , jd automatik aku akan reply mesej tu .

2. " assalamualaikum iman , ni aku , siti nur atikah bt ismail , umur 19 , no matrik : 123456 . daripada kolej 5bintang , jalan tun hs lee , ambik kos paramedic , dari cohort 103 dan ingin menanye bahawa kau tenga buat ape tu ? " - ha yang ni pun ofcos aku reply , laju je aku reply sambil tutup mate pulak tu, sebab . . dia perkenalkan diri dia secara detail . . hahaha ! :D

3. weh jap lagi aku pergi rumah kau #siti - ha , yang ni pun aku bls , walaupun takde pembuka kata , tapi aku reply jugak sebab , nampak tak dia ada hastag disitu ? #siti . jadi aku tahu laa yang dia tu siti , dan aku kenal diaa . tapi kalau terlampau banyak siti , aku akan reply " siti mane pulak ni " yelaa , kang jadi lain pulak . aku punye laa tunggu siti nur haliza tapi yangg datang siti rabiatul haliza pulak . kan ? hee XD

4. iman ! nie saya miss A , kenape awak tak datang kelas harini ! saya bar awak dari exam nanti tahu laa !  - er yang ni konfem 100% aku balas, yela lecturer kot . tapi kalau aku reply , aku reply " maaf miss , saya bangun lambat ni , tolong sangat miss ! sy taknak kena bar :( " kikikiki XD

bukan nak kate ape , cuma kita nie kenalah berwaspada dan biarlaa berpada pada . . kalau kita main reply je mesej yg tak dikenali , tup tup tup . . boleh menimbulkan fitnah . mane tahu laki atau isteri orang ke kita bermesej mesej tu . tak ke padah tu ? haha . silap silap dia sumbat kau tembikai sebiji :p choi !  iyelah isteri atau suami mane laa yang tak cemburu bila pasangan dia asyik henpon kat tangann . . kan kan ? hee . ok laa . tu je ! hihi assalamualaikum :)

Thursday, 18 September 2014

SECOND DAY POSTINGG

today , da second day aku posting !! okay , banyak pengalaman sangat yang aku dapatt . sangat ! hahaha . seronok ? err ye kot . (padahal takpun)

first day semalam , mcm biase la . nothing to do . just be like "BARBIE DOLL " hahaha :p and today , alsoo as semalam !

tapi tadi pagi ade la jugak dengar taklimat , dengar pun penatt . yelaa kena berdiri jee . dan dengar punye dengar , muke aku paling focus dgr . . tapi dalam hati " da laa tu , nanti nanti je bgtahu , aku nak duduk ! " makin panjang lagi dia taklimat , makin penat aku . . tiba tiba boleh pulak sesak nafas . . bile laa nak habis semua niee -_- cepat aku taktahan niee .

time tengah berdiri tadi , aku rase gelapp sangat sangat . . kemudian aku pegang tangan shafira , aku pegang kuat kuat tangan dia . . lantak la orang nak pikir ape . yg penting aku kena pegang tangan shafira . aku takboleh nak pikir ape , keliru !  tuptup . aku terduduk tanpa aku sedar . .

aku pitamm .  bile aku sedar je , aku tengok dorang papah aku masuk bilik tu . pening yang amat . . rase nak muntah semua ade .  . tu la kan aku da kate ., jangan bg taklimat panjang panjang , ha taknak dengar . huhu XD .

lepas da kejadian tu , aku pun ckp laa kat siti , ranjeetha and shaf . . sory sgt kalau menyusahkan . then shaf ketawa je dan dia rase kelakar ? ek kelakar la pulak , knp ? knp ? then dia pun ckp " tadi time iman pegang tangan aku , aku ingat iman sj je nak sweet sweet dgn aku , yela takpernah iman nak pegang tangan aku . . lgpun bila aku nak pegang tangan dia memang dia takkan nak laa . . tiba tiba dia pegang tangan aku pulak " errr alamak ! MALU --"

tapi ape pun , aku tetap jage kesihatan :) betul la ! kesihatan tu penting .. . penting sangat . ade laa orang tu , selalu nasihat kan aku pasal kesihatan :) thanks <3 sape ? hee .. my kesayangan Xp err gedik la pulak , aku nie . hehe . oklah , panjang lebar pulak aku taip nie . bye bye . nak makan dulu . . assalamualaikum .

Wednesday, 17 September 2014

SEMESTER 5

harinie nak balik hostel , walaupun sedih . . TETAP kena semangat ! sebab bermulanya semester baruuuuu :)

haii sem 5 , hope u will be nice to me tomorrow okay ? :) sem 5 ? whatt ! PRATICAL aka POSTING ! dupdapdupdap . . #FIRST . inilaa dia first time  posting kat FIRST AMBULANCEE :)  harap semuanya okay , harap kami tak gentar dan tak gerun . ececeh ! macam nak berperang gamaknye :p

new sem ? ofcos new book , new chapter and new seriess . start all with New ! new experience , new life , and the important things is NEW WORDS ! kenape ? haa , tinggalkan laa perkataan perkataan yang menikam jiwa , menusuk kalbu , mencaci hati dan menguris jantung such as B*bi, b*d*h , dan yang sewaktu dengannye k . and forget all bad memory :) forget ! forget ! and forget !

jadi , sem 5 nie . . jum kita berhijrah ! daripada tinggal solat kepada tak tinggal solat pun . daripada amalan biase kepada amalan yang lebih advance mcm solat berjemaah , solat sunatt , puase sunatt , sedekah dan sesesesebagainye !

doakan kami postingg nanti k :)
mcm mcm perasaan ada bila posting 5bulan nanti XD happy + ngeri + sakit perut + tangan berpeluh + takut + nak nangis = nervous weh !! esok aku post pengalaman first posting aku k :)
adiooss , cukupplaa setakat ini untuk hari ni yup :) assalamualaikumm .

Tuesday, 16 September 2014

ATOKK :'(

walaupun hanye 18tahun lebih , waktu yang sangat singkatt . . tp ika kenal sangat dgn atok :( atok segala galanye buat ika :( atokk , ika rindu gurauan atok ,  ika rindu gelak tawa atok , ika rindu lowyer buruk atokk . . dan ika rindu segala galanya pasal atok.

atok , ingat tak ? dulu , atok setia menanti depan pintu pagar sekolah . . atok naik motor dan jemput ika balik sekolah kan ? setiap hari atok ambik dan hantar ikaa dari ika darjah 3 sampai darjah 4 . walaupun sekejap , ika tetap rindu waktu tu :(

ika ingat lagi time mak keluar , ika jage atok . time sarapan , ika tanye atok . . atok nak makan ape ? atok jawab mihun , ok ika belikan atok mihunn . . ika hidangkan atok . . tp atok makan sikit je. . ika pakse atok makan jugak . ika nak atok makan . . ika taknak atok lapar . . hmm .

cerita seminggu lepas , ika asyik tergelak jee tengok gelagat atok dgn nenek . . nenek gaduh dgn atok , nenek takpuas hati dgn atok . . rupa rupanye nenek cemburu dkt atok . .haritu atok cerita kat sedara dia yangg atok ade 10 isteri . . patut la nenek marah . . haha sweettnye <3 tapi sekarang , kenape atok tinggalkan nenek ? :(

atok ingatt lagi tak , atok buat lawak . . . baru 2hari lepas . . ika bukak lagu 'aku keliru' then atok tiru lagu tu . . atok nyanyi . . aku keliru . aku memang keliru , aku sgt keliru . . then , mak and ika gelak2 je tengok atok ! atok , bile nak nyanyi lagi :(

lepastu baru semalam , atok suruh ika urut belakang atok . ika pun urutt . . atok tak berape sihat , atok batok batok jee :( mak risau sgt tentang atok :'(

dan tengahari tadi , badan atok berpeluh peluh . tekak atok sakit , nenek yg tak berape sihat tu pun lap  peluh atok . kasihnya seorang isteri :) tapii lepastu atok ngadu sesak nafas . . then mak pun urut belakang atok . . mak selimut kan atok :( tibe tibe atok senyap . . mak panggil ika suruh tengok atokk , ika tengok dada atok . . tak turun naik pun ? lepastu ika rase dan tengok nafas atok . . takde pun :( ika takut sangat , ika cek nadi atok ? tapi ? takde jugak . .badan atok sejuk sangat ! atokk daa pegiiii . . . atok kenape atok tinggalkan nenek ? atok tinggalkan mak ? atok tinggalkan ika ? atok tinggalkan kami semua ? atok bangunn !!! atok , jangan la pergi duluu . . ika takpuas nak luangkan mase dgn atok :( ika nak atok tahu , walaupun atok da pergi , ika sayangkan atok ! jase baik atok takpernah ika lupakan :) bukan ika je , semua org sayangkan atok , rindu kan atok :(

******************
petang tadi , dorang mandi kan atok , dorang solat kan atok , dorang usung atok pergi kubur , dan dorang tanam atok dalam tanah :( ika mcm takpercaya semua nie . atok yang ika tegur pagi tadi , telah pergi :( tapi takpela , Allah lebih sayangkan atokk :( atok jangan risau k , kita mungkin tak dapat jumpe atok untuk selamanya da . tapi in shaa Allah kat akhirat nantii kita kumpul balik sebagai sebuah keluarga  :') atok tunggu kami k. .  kami bakal menyusul atokk :)

semoga atok ditempat kan dlm kalangan org org yang beriman . Amin :') ~ al-fatihah

Monday, 15 September 2014

NURFADHILAH BT TASMAN

happy birthday to my kakak kesayangan , my cutest bestoo , my poyos nenek and my cun's moyang :p she is nurfadhilah bt tasman :) nice name like her nice face ^^ betul ke tak ayat aku tu ? hantamm ! hee . . terlebih banyak aku puji XD da da da. . makin puji , makin kembang pulak dia . . muahahaha XD birthday dia yang ke berape agak agak ni ? teka teka ! tekaa laaa cepat !  18 ? no ! 19 ? no ! 20 ? no ! 21 ? ee bukan bukan ! huh . . today birthday dia yang ke 1847526 tahun :) daa tua rite ? da terlebih moyang kot ! hee , semoge dia sentiasa bahagia di dunia , dan ofcos semoga dia bahagia juga di akhirat nanti . amin :)

lame da kot tak jumpe dia , and da lame jugak tak dengar suara gedikers dia tu :p hoho . dan kali terakhir aku dengar suara dia . . hmmm , 285 tahun dulu . lame kan ? hee :3 rindu dia ! rindu segala galanya pasal dia . ekk ? ah ! suka hati aku laa nak rindu dia ke ape ke ? tapi MEMANG . . AKU RINDU DIA woi !

to dila yang tengah bace post nie : thanks tau weh sebab sudi jadi kawan aku , kawan gaduh aku , kawan suka suki aku , kawann nanges merajuk aku , dan segala kawan yang ada ! hee , tapi not for kawan lawan k . . maksud aku kat sini, bukan kawan yang backstaber ! paham kan ? sebab . . searus dgn zaman teknologi ni . bersepah kawan yang tikam belakang , tapi aku tahu . . kau takkan buat mcm tu . . sbb , u are the best best best best KAWAN yang pernah aku kenal for ever ever ever ever and ever ! hehe ! thanks for everythings okay :')

p/s : maaf takde hadiah :( hanye ucapan dan doa je setakat nie :(

Monday, 8 September 2014

PARAMEDIC SEVEN ( p7 )

assalamualaikum :) hee .today aku nak post pasal budak budak kelas aku . iaitu paramedic co-ven ! co-ven ? binatang apakah ? hee . itu bukan binatang laa . aiyo ! malah singkatan daripada . COHORT SEVEN . . hee ,  coven ? emm . simple bukan ?  so . paramedic coven ! ianya terdiri daripada 2org putera dan 11 puteri yg cantik dan comel comel belaka :)
siapakah gerangan mereka ? jumm baca ! tapi kalau nak kenal lebih rapat , boleh tekan kat nama dorang and add sj facebook dorang tu :)

NURSHAFIRA BT RODZUN . panggil je SHAF - 19 / BANGSAR . she is our cohort leader . . da name pun leader , so dia mestilah seorang yang bersemangat tinggi ! seorang yang sabar dan seorang yg bertanggungjawab . bak kata lain , kita orang pilih dia sebab dia seorangg yang boleh diharapp ! wekkk :p hehe . bukan calang calang orang k !

NURUL HAZIERA BT LATIFF . panggil je EYRA - 19 / RAWANG . . boleh dikatakan dia orang orang kuat kelas kami nie . . kalau tak ade dia ? sunyilaa sbb takde laa gelak tawa yg akan memecah kesunyian . . dia juga salah seorang pelajar contoh kelas kami . al-maklumlaa pelajar kesayangan lecturer sbb dia je yang rajin kalau bab bab bg homework nie :) hee . . untung sangat siapa jadi dia.

NORASILA BT UMAR . panggil je asila - 19/tawau . haa , dia berasal dari tawau . tp family dia da pindah kat Seremban then pahang . so jadi orang pahang laa dia skrg . . jangan main main dengan dia ni , dia ni orang HOT weh . .  bukan hot panas tu ! bak kate orang muda , hot tu popular ! rare gitu. . muke dia ceria je ! takpenah nak sedih atau muramm . . Alhamdulillah . kami rase syok sangat dapat kenal diaa :)

AZWAN BIN UMAR . panggil je cawank - 19 / tawau . pun menjadi orang pahang daa . cube perhatikan same tak mcm kat atas tu ( asila umar ) same kan ? memang laa . kembar kot ! pasangan kembar kat dalam kelas kami . . bangga sikit , budak pandai nie . hee , dia ni cepat je bab bab menghafal dan dia jugak adalah orang yang paling paling bising . sekali dia bersuara , perhh ! kalah kereta api tanah melayu . . tp sifat dia , adalah jugak mcm kembar dia tu :p

SITI JUHAIDAH BT INDRASAH . just panggil SITI - 19 / TAWAU . name dia siti kan ? tp bukan laa dato siti nur haliza yee :p but kalau menyanyi ? jangan ckp laa . kalah dato siti nurhaliza tau ! hahaha :p orang dia kecik jee , comel sangat ! kalau orang tengok , rase mcm nak cubet cubet jee ! kalau nak ckp umur 10tahun pun orang percaya . untung jadi dia kan . . .

MUHAMMAD SAUFI B. OTHMAN RAYA . panjang right name dia ? but panggil je SAUFI - 19 / KLANG . waa . . orang klang tu . jangan main main . so far , dalam class dia laa yang paling gangster . sbb . . dia asyik nak tido je . . kadang kadang kalau lecturer denda suruh berdiri pun , masih lg boleh tido ! waa . gangster tak ? hahaha . tp Alhamdulillah dia baik orang nye . . yang unik bg dia ? rambut dia weh . memang unik tahapp unik laa :p

NURUL HUDA BT MUHAMMED NOH . panggil je HUD - 19 / TAWAU . banyakkan orang tawau ? dan hud adalah salah satu nye :p dia ni memang paling diam laa dalam kelas . diam sediam diam nye . tp bila keluar je kelas , gulpp :o bising sebising bisingnye . hahaha ! dia ni memang terkenal dengan sikap lawyer buruknye . .ada je yang nak tergelak . sehari kalau tak dengar dia buat lawak . memang tak sah . memang best berkawan dengan dia ! hihihi xD

NUR AFIFAH BT SELAMAT . panggil je dia EFF - 19 / tawau . . nak tahu hobi dia ape ? hobi dia ialah OTP . . on the phone je memanjang . kalau lecturer ade dalam kelas . . sempat lagi kot Otp ! sebab dia ialah pengguna tetap DIGI . ulang ! PENGGUNA TETAP DIGI . hehe . untunglaa kan ada free call . so jum ramai ramai tukar ke DIGI . ( alamak ! promote digi pulak . lari topic da nie . huhuhu )

NORAIDA BT MUHAMMAD SYAWAL . .panggil je AIDA - 19 / TAWAU . . yang dia ni pulak ratu cantik ! edah bah ni . bergaya sungguh ! berspect mata lagi . .  senyuman tak penah lekang di bibir . . tapi kalau dia marah . jangan main main , tak pasal pasal pintu tu dia cabut dan baling kat korang . err . takdelaa . gurau jee . dia sporting sangat ! syok oh kalau bercerita dengan dia ! cenggini :)

VALERIE YONG YEE TING - panggil je VAL - 19/TAWAU . Tapi nak panggil dia valerai pun boleh :) dia nie cun oh . sape yang tengok , pasti tak berkedip mata . dia ni suka sangat cari pasal . tp cari pasal yang kecik kecik je la . takut ? er . . janganla takut dgn dia . . dia bukan kaklong atau mak long yang jadi watak gangster dalam cerita kat tv tv tu k . . dia baik tau , rugi siapa tak kawan dengan dia :p

RANJEETHA A/P CHANDRAN - panggil je RANJEETHA - 19/ BANTING . . tp aku suka panggil di ranjee ! hee maaf . . dia ni pun comel jugak . . baik plus sweet sangat :) nak cerita ape ape kat dia , cerita la . sebab dia jenis yang open minded . bak kata orang , layan jee ! hehe . tp dia ni jugak tak banyak ckp . senyap je . . lg lg bila dalam kelas . . ape orang ckp ? senyap dek daun bergoyang . . hee xD

SHOKANANTHINI A/P KUNASIRAN .panjang kan name dia ? so untuk memudahkan lagi . panggil je NANTHINI - JOHOR . wakil orang johor ni . . dia laa kakak kami . . dia laa ibu kami ( over ) sbb dia lebih matang daripada kami semua . rajin ? ofcos laa rajin . . tapi jangan ada yang mengorat dia pulak k . sbb dia da TAKEN ! dia juga seorang yang lemah lembut . if kami buat salah , mesti dia tegur . tegur dengan care yang sopan . sbb tulaa ramai yang ok dengan dia :)

NORATIKAH BT HAMID . . panggil je iman - 18/gombak . tu aku weh ! haha poyo lebih kan ? err 18 ? tak cukup umur lg . bulan 12 nt baru laa 19 . . hee . tiada ape yang menarik . hanya insan biasa , cuma sedikit poyo :) hee itu sahaja :p

tapi tanpa sokongon lecturer ? siapa laa kami kan ? so . thanks a lot to lecturer yang penah mendidik kami :) dr.sunder, miss ranjini , miss azimah, miss yap , mdm ainon , mdm sakinah , miss fatiha , sir mohd farid hamzah , sir faizal dan mis , mdm , sir yang penah mengajar atau mengenali kami . kami tak mampu nak membalasnya . hanya iringan doa kami sahaja sebagai hadiah :) maaf kan segala salah silap kami k , dari hujung rambut sampai laa hujung kaki . jika kami banyak TER ( Terjahat , tergedik , terngade , terpoyo , tersombong , tertido , terbising dan ter ter yang sewaktu dengannya ) maaf yee lecturer , kami cuba jadi yg terbaik . in shaa Allah :)

Sunday, 7 September 2014

m i m p i

mimpi ? mimpi tu hanyelaa mainan tido . . tiap malam kadang kadang aku mimpi tak terkecuali laa malam tadi . malam tadi , mimpi yang jarang sekali aku mimpi . emm , atau mimpi tu baru first time aku mimpi ? ah , memane jee !

mimpi malam tadi pun aku takberape nak ingat , tapi sejurus je aku bangun tido . . aku beristifar banyak banyak .. takdelaa mimpi seram . . cuma . . entahlaa . . taktahu nak ckp mcm mane . . dlm mimpi tu aku bahagia je tp memang very very very impossible la kot kat dunia nyata . .

tapi sebaik jam menunjukkan pukul 6pg . . aku terjage dan mimpi tu terhenti . . ah nasib baik laa . . kalau tak makin mengarut aku dibuai mimpi . . hohoo :o

nak diceritakan ? tapi aku lupa lupa ingatt laa . hehe :/ so biarlaa mimpi tu berlalu . . berlalu dek tiupan angin <-- bapak ah ! nampak tak ayat aku tu . penuh ke-bm-an ! hahaha . ok laa . assalamualaikum .

Thursday, 4 September 2014

amalan harian : 15 sunnah rasuluallah

Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda
dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’ . .

1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku
melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)

2. Dahulukan Kanan
Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka
mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah,
bersikat, berwuduk dan mandi. ” (Hadis riwayat Muslim)

3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi
wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

4. Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:
“Hendaklah kamu bercelak dengan
menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan
menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

5. Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di
jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)

6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas
makan, Baginda menjilati ketiga-
tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

7. Minum
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum,
Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)

8. Bersilaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan?
Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang
berbuat kebaikan dan menghubungkan tali
silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi
orang yang berbuat jahat dan yang
memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).

9. Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

10.  Berkata
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)

11.  Tertawa
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa
Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )

12.  Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam menggauli kami. Baginda berkata kepada
saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh
burung nughair?’”
(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu
menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-
Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda
menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda
lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

14. Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi,
Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan
solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah
mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi
hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)

menyimpan kuku dan memakai cincin

copy paste from tok wan .

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa
pahala tapi ramai juga yang belum tahu.

Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korang. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!...
(oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang....
bayangkanlah dosa yang telah kita
tanggung untuk kesemua babi-babi
tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak
sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita
apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu (Islam) yang berkuku
panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli
tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita
atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.

Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia,
iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu
dengannya..

********************
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan
Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari
tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam,
kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw.  memakai
cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw senang je kita dapat pahala.

7 bacaan pembuka pintu rezeki

1). Memperbanyak Membaca “La hawla
Wala Quwwata Illa billah “
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya
hendaklah banyak mengucapkan “La hawla
Wala Quwwata Illa billah
( HR. At Tabrani )

(2). Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin” Barangsiapa setiap hari
membaca La ilaha illallahul malikul haqqul
mubin maka bacaan itu akan menjadi
keamanan dari kefakiran dan menjadi
penenteram dari rasa takut dalam kubur
(HR. Abu Nu’ aim dan Ad Dailami).

(3). Melanggengkan Ber-Istighfar“
Barangsiapa melanggengkan beristighfar
niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
segala kesusahan dan memberikan rezki
dari arah yang tidak diduga-duga” ( HR.
Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

(4). Membaca Surat Al-Ikhlas
“Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
menghilangkan kefakiran dari penghuni
rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )

(5). Membaca Surat Al-Waqiah
“Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah
setiap malam, maka tidak akan ditimpa
kesempitan hidup “(HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab AlIman)

(6). Memperbanyak Shalawat Atas Nabi
“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan ,
bila telah berlalu sepertiga malam,
Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri
seraya bersabda : “Wahai Manusia
Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah
mengingat Allah. Akan datang tiupan
(sangkakala kiamat) pertama, kemudian
diiringi tiupan kedua. Akan datang
kematian dan segala kesulitan didalamnya”

(7). Membaca Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim …dari setiap kalimat
itu seorang malaikat yg bertasbih kepada
Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala
tasbihnya itu diberikan untukmu” (HR. Al-
Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

WE AT KLFC

4.9.2014 - khamis !
yaa . its today :) its a special day for mee ^^ kenape ? sebab harini aku jumpe dia :) yee dia ! dia yang aku sayang ! ceh . hee , tapi bukan dengan dia dua orang je . aku keluar empat orang iaitu dengan k.lisa , k.aton , aku dan termasuklah dengan my kesayangan ni :) happy woo dapat jumpe encik hensem aku tu :* hahaha ! tapi sekejap je laa . itu pun pergi klfc dan tengok movie . The teenage mutant ninja turtle ! :) lawak kot cerita nya . best ! rugi tak tengok :D

for wan fariz . thanks for everything :) and thanks for your failed suprised :p haha tak terkejut pun dengan suprised tuh ! :D hee .

for kak ton and kak lisa , thanks sbb da susah susah belanje akuu tengok movie and belanje makan..
segan pulak . . semoga rezeki korang sentiasa bertambah :D amin .

semua penat harinie ., masing masing da tido . haha . kesian dorang :p although time may change , in shaa Allah our relationship never end :)

Wednesday, 3 September 2014

HARGAI PASANGAN ANDA . .

mesej . .

GF : awak , awak sayang sy tak ?
BF : sayangla ! kenape awak tanye ? da takde soalan lain lagi ke ? hish
GF : hehe . saya tanye je , jangan laa marah .
BF : bosan tahu tak , asyik benda yang same je awak tanye .
GF : okay maaf laa . saye takkan tanye daa k .
BF : ok .

keesokannyee . .

GF : esok hari jadi awak kan ? awak nak hadiah ape ? nanti saye belikan . (beria sungguh si gf ni tanye sebab dia da berniat nk bg bf dia hadiah )
BF : taknak ape ape la
GF : awak . sy nak belikan je . . ckp laa awak nak ape ?
BF : weh , rimas tahu ? esok hari jadi aku , kau takpaya nak sibukk boleh . esok aku nak keluar dgn kawan aku . . aku takperlukan hadiah dari kau ! paham ?
GF : awak nak g mane esok ? dengan sape ? sy takkan benarkan .
BF : yg kau nak larang aku kenape ? esok aku nak keluar dgn kawan aku . paham ? jadi jangan nak sibuk .
GF : ok . awak keluar je laa . selamat hari jadi sayang :)
BF : yela . k la . aku busy nie .

birthday si BF pun tiba . si GF keluar jejalan , niat ingin membeli hadiah yg paling istimewa untuk si BF . dan dia membelikan sehelai baju yg sangat sepadan untuk si Bf dengan tujuan si Bf suka kan baju tersebut. . si Gf pun menghantar sms kepada si BF . .

GF : awak . awak kat mane tu ?
BF : saya kat tempat biase . dengan kawan nie . kenape mesej ? da takde keje lain ke ?
GF : oh okay okay . maaf ganggu .

si Gf pun bercadang ingin pergi ke tempat si Bf untuk memberi kejutan sempena hari jadi bf .
tiba - tiba si Gf melihat kemesraan yang berputik antara BF nya dengan seorang perempuan . . hanye Allah saja yang tahu perasaan si Gf ketika itu . lebih sakit rasanya daripada ditikam . . lebih perit rasanya daripada dikelar . . ingin berkecai badan si Gf bila melihat si Bf dengan perempuan tersebut .

si Bf sedar akan kedatangan si Gf . lalu ,

BF : weh perempuan ! yg kau datang sini ape hal .
GF : awak buat ape dengan perempuan ni berdua ?
BF : eh ! suka hati aku laa ! kau jangan nak sibuk urusan aku lg ?
GF : okay awk . . selama ni saya percayakan awak . sy sayang awak . tp ini yang awak buat ? takpelaa . ni hadiah awakk . .saya hanye mampu bg awak sehelai baju tapi sy tak mampu nak buat awak bahagia . maafkan saya awak . . assalamualaikum .

si Bf terus membaling baju tersebut ke dlm tong sampah . . dan terus melayan karenah kawan perempuannya . Si GF sungguh kecewa tapi dia hanye mampu bersabar . . tiba tiba si gf rebah . .dan telah dihantar ke hospital . .

*********
Si Gf koma , doktor mengesahkan dia mengidap barah otak tahap kritikal . .si Bf mendengar khabar angin tersebut drpd kawan si Gf dan terus bergegas ke hospital . dia lemah melihat orang yg bnyk bkorban untuk dia satu ketika dulu kini kaku di atas katil . .

BF : awak . awak bangun laa . . saya sayangkann awak . .maaf la atas kesilapan sy kat awak . perempuan yg awak nampak haritu tu hanye nak mainkan perasaan saya . sy menyesal dan kini sy sedar, hanye awak perempuan yg benar benar ikhlas sayangkan sayaa . . awak ingat tak janji saya satu ketika dulu ? dulu , sy berjnji , saya nak awak menjadi isteri yg solehah untuk saya dan ibu kepada anak anak saye . . . awak ? ingat tak !! awak . . sy rindukan gelak tawa awak , sy rindukan gurauan mesra awak . .
awak bangun sayang . . awak ! bangun la ! awak da tak sayangkan saya lg ke ? :( saya lemah . sy perlukan sokongan awak syg !! awakkk .  . .

tapi di saat si Bf meluahkan segalanya . . si Gf sudah pergi bt selama lamanye . .

16 Fakta menakjubkan tentang bayi


1# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak
membentuk sehinggalah bayi berusia
6 bulan
2# Bayi tiada air mata. Mereka
menangis dan menjerit tetapi air
mata sebenar tidak wujud
sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3# Mereka mempunyai lebih tulang.
Orang dewasa mempunyai 206 dan
bayi pula 300 tulang. Kebanyakan
dari tulang tersebut bercantum
semasa bayi membesar.
4# Empat dari 10 bayi mempunyai
tanda lahir.
5# Bayi mempunyai deria bau yang
kuat. Boleh mengenali bau badan ibu
sebaik dilahirkan.
6# Penglihatan bayi kabur sebaik
sahaja dilahirkan.
7# Rambut bayi yang tumbuh semasa
dalam rahim ibu akan gugur
beransur ansur dan digantikan
sepenuhnya oleh rambut baru
apabila berusia 6 bulan.
8# Bayi baru lahir secara genetiknya
mempunyai deria bunyi yang kuat.
Boleh membezakan bunyi-bunyian
dan boleh mengenali suara ibu serta
merta semasa dilahirkan
9# Deria rasa bayi masih tidak
terbentuk sepenuhnya semasa lahir.
Tidak boleh membezakan rasa seperti
manis atau masin dengan baik.
10# Jantung bayi baru lahir
berdenyut diantara 120-160 degupan
seminit berbanding dengan degupan
jantung orang dewasa iaitu 60-80
seminit.
11# Bayi bernafas lebih cepat iaitu
30-50 nafas seminit berbanding
dengan orang dewasa 16-20 nafas
seminit.
12# Berat bayi bertambah 2 kali
ganda dari berat semasa lahir pada
usia 6 bulan.
13# Mendengarkan music klasikal
menambah kepintaran bayi.
14# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam
sehari.
15# Bayi cuma mempunyai satu
lapisan kulit sebab itulah ia akan
alah dan kemerahan dengan senang
kepada losyen wangi, sentuhan
kasar, gigitan serangga dan
sebagainya.
16# Bayi mempunyai kebolehan
menyelam sebaik dilahirkan tetapi
kebolehan tersebut akan hilang
dengan cepatnya.

Tuesday, 2 September 2014

STATUS MENGEDIK DI FACEBOOK .

assalamualaikum ! korang ada facebook ? takde ? tp ofcos pernah ada kan ? hee . . dan kalau ada facebook , mesti kita akan tengok status status orang kan ? dgn status tu , kita boleh tahu dia tengah buat ape , dia kat mana , dia makan ape , dia dengan sape ? kan ? heee. . sbb salah satu fungsi status adalah untuk berkongsi :)

kenape ada pulak status mengedik kat facebook ?? haa . biasenye status menggedik ni daripada siapa ? lelaki atau perempuan ? haa . perempuan ? ye kot . tp tak bermakne lelaki tak pernah buat status menggedik plus menggode tau . . wakakaka :D

mcm mana status menggedik tu ek ?? kalau aku bace , rase geli pun ada . tapi tak mustahil ., satu ketika dulu , aku pun mcm tu . shhh . . hahahaha :D

contoh status gedik dari perempuan . .

1. hmm bosan . campak num fon korang . kite ade free call nie , nanti kite otp k :)

2. hey . aku yg post . kau yg panas apesal ?? ( erk ? bile mase pulak kita panas . perasan je minah nie . muahahaha )

3. sorry . tak secomel dan tak secantik awek korang . ( haa . yg ni da kenape ? nak orang puji dia comel dan cantik letu :p )

4. sape yg tak sombong tu , jum chat nak ? awak yg start duluu k. . ( lepastu bila perempuann yg chat . taknak pulok reply . nak lelaki je chat kan ? haa sape sombong sekarang ?  )

5. siapa single . cuba like sikit ? kite geng ! ( single pun ada geng ke ? oh baru aku tahu . xixixi :p )

6. searching BF . sape sudi inbox k . .  ( waa senangnye dia cari pakwe . . searching2 gitu . main pilih je cemgitu ? karang kecewa sape jugak yang susah ? diri sendiri kan ? mula la ckp laki tak guna la , tak boleh pakai la dan sebagainye . .)

tu baru status gedik . . banyak lg sebenarnyee status yg sejenis dengan nye . tp ada kelainan pulak dengan status yg mcmni.

contoh status yang gedik plus ejaan yg gedik sekali . . ejaan pun ada yg gedik ke ? berbeza dgn shortform k . . nak tahu mcm mane ejaan gedik ? . .

1. itew bosun lorh . jum hang nuck ? ( wekkkkkk :p spesis apakah ini ? sampai sampai boleh buat aku termuntah tahapp muntah darah >< )

2. intro jupp . jgn combong2 keyh .
( erghh . orang sombong sebab orang takut nak introo . kang takpaham pulak ape yg dia ckp . kan ? ttbe dia bantainye bahasa allien , tak ke kita jugak yg masuk hospital . parah tu . .  )

3. dp kite nieyh okey ta ? komen yunk murni je taww ! :*
( ee . da laa perkataan takpandai nak mengeja . . ade hati nak komen yg murni je ? takut kena kritikan letu . . wakakakaka :p )

jahat jugak aku ni megomen orang punya status kan ? emm .  sukehati dia la kan , status dia , hak dia ? yup . betul tu . . tapi bahasa melambangkan bangsa . jangan sampai bahasa kita , orang luar pikir kita bangsa allien ? haa . jadi . . perbetulkan sikit bahasa kita tuu k :) sesame mengingati ape salahnyee kan ?? malu kalau orang lain tengok . .

STRESS MANAGEMENT ?

stress management ? bukan aku nak cerita panjang lebar cara cara nak tangani stress . tapi aku nak cerita pasal paper exam aku yg bersubjek kan STRESS MANAGEMENT . mcm senang je kan nak jawab paper tu ?

Paper terakhir untuk final aku sem 4 haritu ialah stress management . . . mula mula aku ingat senang .  tak bace ape ape pun tentang subject tu ! just nak jawab ikut kepala hotak konon . . lagi pun taktahu nak bace ape .. lecturer pun taktahu nak mengajar ape untuk subjek tu . .

sekali bile nak jawab paper . ALLAHUAKBAR . punye laa susah ! susah sesusah susahnyee ! aku toleh sana , toleh situ . pusing sana , pusing sini . aku tengok kawan kelas aku yg lain . . semuanye buat muke stress ! semua blur ! aku rase mcm nak nanges jeee ! ishh . . susah ! soalan dia nampak mudah . . tapi takpaham langsung . . elok elok aku nak keluar awal dari hall exam . . tuptup aku golongan terakhir yang keluar daripada hall exam tu . . mengucap aku sekejap kat situ bile tengok soalan soalan yang membunuh jiwa dan raga aku . .ergghhh !

aku takut gagal laa bile keluar result nanti . . hmm . tp aku tawakal jee , semoga Allah memudahkan dan meluluskan aku juga shbt shbt aku nt . amin . .

INDAH KHABAR DARI RUPA

assalamualaikum ! sihat ? kalau sihat alhamdulillah :) waa . indah khabar dari rupa ? kenape tajuk entry tu begitu ? mcm nie cerita dia . terowbek jum . . .haritu ade laa kat sebuah restaurant nie aku dan kawan aku singgah sebentar . . kami pun order la makanan masing2 . tiba tiba aku terliur bile tengok menu sampingan dia iaitu MUSHROOM SOUP . lagi pun memang favaurite aku . . . hee . so aku order laa . terbeliak bijik mate aku bile menu tu da sampai depan mata . yang kawan aku hanye gelak kan aku jee -_- sambil perli "indah khabr dr rupa weh " akuu pun hambar je . gambar punye la sedapp . . bile betul2 . ergghhhhh ! mcm apakaito ? err . . dapat roti biase sekeping dan sup cendawan tu . . . tapi ?? roti petak tu kerass . . sup cendawan tu pulak sejuk . dalam gambar bukan main panas berasap lagi sup tu  dan bentuk roti pun nampak menarik sgt .  erhh . sabar jela . dan mulaa la pembaziran disitu :(

dan petang.haritu begitu menyedihkan dan terase down sangat , terase kacau bilau . . miahahahaha . semunya gara gara sup cendawan yang indah menu dari rupa . . waaaaa :( kempunan aku nak makan sup cendawan dalam menu tuu :( haishhh !

Monday, 1 September 2014

CIRI CIRI DI GANGGU JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke
atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular
dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan
bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti
kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah
kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau
perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada
orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila
dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-
quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak
berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

MUTIARA KATA

sharing is caring . mutiara kata ni aku copy kat satu blogger nie . jumm renungkan . .

- "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

-"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah
ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"

-"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"

-"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"

-"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"

-"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"

-"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan
riak"

-"Tidak ada insan suci yang tidak
mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa
depan"

-"Kata-kata yang lembut dapat
melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"

-"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang
amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"

-"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan
pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

-"Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat"

-"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"

-"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia
melihat"

-"Jadikan dirimu bagai pohon yang
rendang di mana insan dapat berteduh."

-"Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."

-"Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan
sepotong pesanan."

-"Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki
itu kepada teman anda."

-"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."

-"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan
waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah
ibu dari segala ketenangan jiwa."

-"Kekecewaan mengajar kita erti
kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan
demi rintangan dalam hidup"

-"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika
kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu
adalah mulia dan terpuji."

-"Kata-kata itu sebenarnya tidak
mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

-"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan
iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup
menerima penderitaan."

-"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk
diri dan menyakiti orang lain."

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu
satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

-"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

-"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

-"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."

-"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan hasilnya."

-"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

-"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita
berikan padanya."

-"Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal
pada hal tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi."

-"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

-"Kehidupan kita di dunia ini tidak
menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran
dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

-"Rahsia kejayaan hidup adalah
persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

-"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat
yang tidak pernah mengalah."

-"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

-"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik."

-Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa,
adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita
tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah
untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu
KECEWA untuk kita kenal erti
KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang
diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI... Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan
berjumpa landasan yang tepat.

-Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

-Menyimpang seinci, rugi seribu batu - Peribahasa Cina

-Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.

-Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

-Kegagalan adalah asas kemenangan

-Jika tujuan anda jelas, anda boleh
mencapainya dengan mudah.

-Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya
kebijaksanaan atau kemahiran.

-Masa depan itu dibeli oleh masa
sekarang.

-Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas
dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

-Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.- Peribahasa

-sesuatu yang kita impikan tidak selalu menjadi kenyataan...
tetapi apa yang kita tidak duga,selalu berlaku dengan tiba-tiba...
biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam....
tetapi janganlah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti
untuk selama-lamanya...