Seorang lelaki beristeri tanpa
sengaja berkenalan dengan
seorang gadis di sebuah kantin
kompleks, kerana ada urusan
pekerjaan merekapun bertukar BB
PIN Malam harinya si gadis mulai
BBM si lelaki :
Gadis : Awak hebat ya. Punya
syarikat sendiri, berjaya pulak
Lelaki : Terima kasih
Esoknya si gadis call sekadar say hello
Gadis : Bila lagi kita boleh makan
bersama lagi ?
Lelaki : Bila-bila je boleh
Setelah itu mereka masih sering
berhubungan melalui BBM dan
telepon, sesekali juga temujanji
ingin mkn bersama
Hari-hari berlalu, tiada hari tanpa
contact antara mereka. Sampai
suatu hari, si gadis BBM :
"Sebenarnya aku mencintaimu ,
aku tau kamu sudah b'keluarga,
tapi aku terima untuk jadi isteri
ke-2, dan maaf aku mengganggu
perasaanmu.
Dengan berat hati lelaki itu
berkata beluau menjawab :
"Dik, aku mengerti dan paham
maksudmu... tapi dengan berat
hati aku harus jawab TIDAK! Aku
tau kamu memang cantik, dan aku
yakin semua lelaki pasti
mengatakan parasmu
elok dan cantik.
Tapi, tahukah kamu kenapa aku
nampak segak,bergaya dan
berjaya ? Itu semua kerana
dorongan dan semangat isteriku.
Sungguh sangat berdosa kalau
aku harus curang dengan
seseorang yang hanya mengagumiku, kerana keadaan
aku yang sekarang yang sudah
berjaya.
Kamu menyukai aku tidak ikhlas,
kamu hanya melihat penampilanku semata. Padahal ada seseorang yang tersayang di rumah yang telah bersusah payah mendorong aku agar selalu tampil sebaik mungkin, dia adalah isteriku tercinta. Kalau kamu menyukai aku, erti
nya kamu tinggal memetik
hasilnya, dan cara ini tidak
pernah abadi.
Taukah kamu bahwa aku memulai
ini dari 0 dan isteriku
yang selalu mendampingiku di
kala susah, gelisah dan berjaya
seperti ini.
Tahukah kamu bahawa isteriku
yang selalu mendoakan
kejayaanku hingga aku mampu
menjadi seperti ini. Kamu
memang cantik, tapi hati isteriku
lebih cantik.
Terima kasih atas cinta itu, maaf
aku tidak boleh membalas seperti
kehendakmu. .
#ceritafromrajashamri
#rajashamri_motivasiterkenal
No comments:
Post a Comment