anda pelawat yang ke . .

Sunday, 31 August 2014

DIARI SEORANG SUAMI . .

COPY PASTE ~


Diari seorang suami.
30hb , suami dapat gaji RM3,000.00
terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah
Rm700.00 bayar duit kereta
Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik
Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak
Rm150.00 ..serta menukarkan
Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...

lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat
kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang
kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan?" Suami mengangguk lemah terpaksa setuju
demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak
dengan anak yang bongsu " Ayah cikgu adik cakap hari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari Isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan
ni"..Si suami terus mengeluarkan
Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib
berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang
dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke
kedai makan dan makanlah anak
beranak tersebut dgn bil makan
berjumlah Rm50.00..Setelah itu
langsung pergi berbelanja barang
dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru
dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00
sahaja.Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dalam
beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokannya, pagi Sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan
pagi...suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang
si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi
menjaga hati isteri dan anak anak.
Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun
keluarkan duit bayar..kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak
anak yg berharga Rm15.00
sehelai..isteri pun selamba kata, "bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hingget"
...Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama sama..tetapi dalam perjalanan nak pulang anak anak
merengek dahaga dan lapar lalu minta singgah di kedai makan untuk makan malam...Sang ayah kesiankan dengan
rengekan anak, singgahlah di kedai
makan tomyam dan makan dengan
membayar Rm30.00 lagi..Jumlah
keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Keesokannya hari Ahad...isteri suruh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan
Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnya pula beri pada isteri Rm150.00 untuk
belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si
suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan
makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang
samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung.. suami katakan tidak.ada modal...lalu
isteri menjawab dengan sinis "kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...kalau ajak balik kampung saya jer
abang kata takde duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abang
ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga si suami. Nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik.

No comments:

Post a Comment