"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil
membetulkan pakaian Ahmad.
Ahmad tersenyum memandang
isterinya.
“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan
Lin meluru masuk ke bilik kerana
dah tak sabar-sabar nak bertolak
pulang ke kampung.
“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”
Julia hanya tersenyum melihat
suaminya itu melayan karenah anak- anak mereka yang comel dan manja.
“Abang, dah lama kita tak balik
kampung macam ni, ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk
dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk
Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat
kampung,” Ahmad berkata dalam
hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke
kampungnya. Pedal minyak
ditekannya lagi dan Honda Civic nya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.
Bangga betul Ahmad
masa tu. Terlupa dia sekejap pada
anak dan isterinya yang sedang
tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat
ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari
tidurnya.
“Tak ada apa la sayang, rileks…
cepat sikit kita sampai kampung
nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak
apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan
kenderaannya.
“Rileks Julia, tak ada apa-apa,”
Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
“Sudah la tu bang.”
“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres.
Julia tengok abang motong dia
aaa….” Ahmad terus masuk gear 3,
pedal minyak ditekannya hingga
jejak ke lantai. Ahmad terus
membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.
* * * * * * * * * * *
“Julia….bangun nak,” sayup-sayup
terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
“Mana abang Ahmad mak? Macamana dengan
suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak
dapat menahan kesedihannya lagi.
Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya
memandang Julia tepat-tepat.
“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar
oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia
macam tu? Don’t go breaking my
heart Mom!!
“Banyak la engkau punya suami!
Muka dahlah tak cun, belajar pun
malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki.
Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja
macam ni! Dah! Bangun pegi
sembahyang ! Asar pun dah nak
habis!” emaknya terus merungut
sambil berlalu keluar……. dan Julia
tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”
P/s: Moralnya janganlah suka tidur
di petang hari terutaman